ill.

28Jun08

Hati ini mahu

dipungut tidak sudi

diherdik tidak lali

bagaimana alam ini fana

begitulah hati ini

sakit….!

Tuhan saja yang tahu

kerana Tuhan saja yang dengar rintihan

yang tidak terungkap

sekadar termenung pada awan yang kian mendung

dan terpaku melihat dunia ini berputar

pada akal yang sudah tidak mampu mencapai

hati ini yang makin berisi

makin sepi

bengkak… terus membengkak

mahukan dunia

dada hilang ruang menaung

hati ini sekadar mahu, dan mahu saja

tidak pernah puas

masakan mampu dipenuhkan kata hati

yang diherdik tidak lali

dipungut tidak sudi

namun jasad harus terus bangkit

tangan terus menengadah

kerana yang menjadi saksi adalah mahsyar

dan Tuhan yang Satunya mendengar rintihan

tatkala mata berat melelehkan

kata yang tidak terungkap.

(Whoever’s up for it, minta tolong translate to English?)



One Response to “ill.”  

  1. 1 lubna

    Tak sanggup. I don’t think I’d be able to capture it as perfect as it is in BM.


Leave a Reply